Sunday 17 April 2016

Cara Mengawal Cemburu

Hi. Rasanya dah lama tak menulis. So, sempena tengah hujan ni kan, kepala pun tiba-tiba terfikir nak update satu entry. CEMBURU!!! Cemburu tu apa ? Sebelum tu, nak beritahu yang cemburu ni sebenarnya membunuh tau :"(. Cemburu ni satu perkara yang semua manusia ada kalau yang takde rasa cemburu tu emmm, there must be something wrong. Cemburu ni boleh datang daripada kawan baik, kekasih, suami isteri dan sebagainya. Tapi, berapa ramai dalam dunia ni yang pandai kawal cemburu kan ? :D Sejujurnya, saya sendiri seorang yang sangat kuat cemburu. Dulu, nak kawal , jauh sekali. Tapi bila usia semakin matang ni, dah bolehla nak fikir mana yang perlu ada dalam kepala. To make it simple, saya nak share some tips macam mana nak kawal perasaan cemburu. :)

1. KENAL PASTI PUNCA CEMBURU
Saya rasa semua sudah pandai nak kenal pasti punca cemburu ni. Tapi, kalau ada yang masih keliru cemburu tu macam mana, meh saya bagitau. Cemburu ni bila kita jadi sakit hati, geram, nak marah, nak nangis bila kita nampak orang yang kita sayang dengan orang lain. paling mudah, untuk pasangan yang bercinta. Kita akan automatic rasa cemburu apabila kita nampak pasangan kita dengan orang yang berlainan jantina. Tidak kirala kawan sekalipun.

2. BAWA BERBINCANG DAN TERUS TERANG MENGENAI PERASAAN
Jangan cepat melatah! Sebab perkara ni sangat membahayakan kerana mampu merenggangkan sesebuah ikatan atau hubungan. So, maksud saya disini ialah bincangkan perkara yang dicemburukan walaupun perkara itu kecil je, Tapi ingat, perkara kecil ni la yang selalu terlepas pandang dan jika tak dielakkan, jadila besar. So, terus terang dengan pasangan atau orang yang anda sayang tentang perasaan anda. Daripada itu, mereka akan lebih arif dan berterus terang pula dengan anda tentang perkara yang sebenar.

3. KENALI ORANG YANG ANDA CEMBURUKAN DENGAN LEBIH DALAM
Kalau anda cemburu pasangan anda berbual atau rapat dengan perempuan atau lelaki lain, maka kenalilah mereka. Melalui itu, anda akan tahu apa yang mereka bualkan dan sebagainya. Janganlah cepat menuduh pasangan kita mula berubah hati, tetapi kenalilah dengan siapa mereka bergaul. Secara tak langsung, bila anda kenali mereka, anda akan tahu bagaimana perangai mereka. Dari situ kan boleh jadi kawan , kan ?


Okaylaa, saya rasa 3 perkara ni dah cukup untuk orang yang masih belum mampu nak kawal cemburu sepenuhnya, Saya harap entry kali ini mampu mengurangkan perasaan cemburu dalam diri anda, Bye.. Jumpa Lagi.  :)

Sunday 3 January 2016

Cepatnya masa ni. Allahu

Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah masuk 19, bermakna, tahun terakhir untuk ada angka "1" kat depan. Dan, sedar tak sedar, dah tahun akhir aku untuk menduduki STPM. Bukan tak dapat tawaran belajar, tetapi dengan kewangan yang kurang stabil, maka, STPM jadi pilihan hati. Takpela, belajar semua sama. Cuma beza daripada rakan-rakan yang lain ialah aku belajar masih kat sekolah dan mereka belajar di IPTA dan POLI. Pedulila yang pandang rendah terhadap budak STPM, bukan mereka tahu betapa strugglenya kami untuk dapat pointer yang baik. Kalau dulu time SPM, 8 subjek tu ibarat angka je, tapi beribu kali ganda mudah bagi yang menghadapi STPM walaupun pada hakikatnya 4 subjek je, so adik-adik yang tak berani ambil risiko, kalau ada tawaran IPTA dan POLI, dipersilakan pergi. Menyesal kemudian tiada guna. Hahaha. Sebenarnya SPM bukan penentu masa depan. SEBENARNYALA. Hakikatnya, SPM tu syarat saja untuk bekerja atau apa-apa. So, kalau yang minat dengan mana-mana bidang, kejarla. Jangan mudah give up.Tu saja sebenarnya. Sekarang dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil, maka, jinak-jinakkan diri dengan perniagaan. Ramai je pemuda kat Malaysia yang jadi jutawan sebelum 30 tahun. So, tiada yang mustahil. Peace :D. Apa pun, adik-adik dan rakan-rakan seperjuangan yang masih menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran, in shaa Allah, ada rezeki. Kunci dia satu je, letakkan Allah di tempat yang pertama dan jangan sesekali putus doa. Selamat Berjuang semua. :)