Follow by Email

Sunday, 3 January 2016

Cepatnya masa ni. Allahu

Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah masuk 19, bermakna, tahun terakhir untuk ada angka "1" kat depan. Dan, sedar tak sedar, dah tahun akhir aku untuk menduduki STPM. Bukan tak dapat tawaran belajar, tetapi dengan kewangan yang kurang stabil, maka, STPM jadi pilihan hati. Takpela, belajar semua sama. Cuma beza daripada rakan-rakan yang lain ialah aku belajar masih kat sekolah dan mereka belajar di IPTA dan POLI. Pedulila yang pandang rendah terhadap budak STPM, bukan mereka tahu betapa strugglenya kami untuk dapat pointer yang baik. Kalau dulu time SPM, 8 subjek tu ibarat angka je, tapi beribu kali ganda mudah bagi yang menghadapi STPM walaupun pada hakikatnya 4 subjek je, so adik-adik yang tak berani ambil risiko, kalau ada tawaran IPTA dan POLI, dipersilakan pergi. Menyesal kemudian tiada guna. Hahaha. Sebenarnya SPM bukan penentu masa depan. SEBENARNYALA. Hakikatnya, SPM tu syarat saja untuk bekerja atau apa-apa. So, kalau yang minat dengan mana-mana bidang, kejarla. Jangan mudah give up.Tu saja sebenarnya. Sekarang dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil, maka, jinak-jinakkan diri dengan perniagaan. Ramai je pemuda kat Malaysia yang jadi jutawan sebelum 30 tahun. So, tiada yang mustahil. Peace :D. Apa pun, adik-adik dan rakan-rakan seperjuangan yang masih menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran, in shaa Allah, ada rezeki. Kunci dia satu je, letakkan Allah di tempat yang pertama dan jangan sesekali putus doa. Selamat Berjuang semua. :)